PKP Dilanjutkan Hingga 4 Mac Di Kuala Lumpur, Selangor, Johor Dan Pulau Pinang

Menerusi sidang media Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebentar tadi, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 akan dilanjutkan bagi Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Pulau Pinang bermula 19 Februari ini sehingga 4 Mac.

Namun, status bagi negeri-negeri lain seperti  Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Terengganu, Kelantan, Wilayah Persekutuan Labuan, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Sabah bertukar kepada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Bagi negeri Perlis pula ditukar kepada Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan kerajaan negeri Sarawak masih mengekalkan PKPB sehingga 1 Mac ini.

Advertisement

Kes Covid-19 masih meningkat di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Johor dan kerajaan bersetuju untuk melanjutkan PKP di negeri-negeri yang terlibat.

Menurut Ismail Sabri, Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi kawasan PKPB dan PKPP masih sama seperti yang dilaksanakan sebelum ini.

Sumber

SUMBERHarian Metro

Comments