PKP Kini Kembali Berkuatkuasa di 4 Negeri dan 3 Wilayah – Ini Yang Anda Perlu Tahu

SEMENYIH 17 MEI 2020. Anggota polis membuat pemeriksaan setiap kenderaan yang melalui sekatan jalan raya bagi menghalang orang awam mengambil kesempatan melakukan perjalanan rentas negeri ketika tinjauan rentas negeri sempena Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Beranang, Semenyih. NSTP/AIZUDDIN SAAD

Semalam, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumukan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan di 4 Negeri dan 3 Wilayah iaitu Penang, Melaka, Selangor, Johor, Sabah, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Penguatkuasaan ini akan bermula dari jam 12:01 malam pada 13 Januari 2021 hingga 31 Januari 2021.

Walaupun mendapat kritikan bahawa pengumuman sepatutnya dibuat lebih awal supaya rakyat dapat membuat persediaan, namun, keputusan telah dibuat dan kami menyenaraikan beberapa perkara utama yang anda perlu tahu.

Hanya 5 Sektor yang Dibenarkan Beroperasi Sepanjang PKP iaitu pengilangan dan pembuatan, pembinaan, perkhidmatan, perdagangan dan pengedaran serta perladangan dan komoditi

Beliau juga menegaskan bahawa mana-mana majikan yang melanggar SOP dan jika berlaku penularan wabak COVID-19 di tempat kerja akan diambil tindakan undang-undang.

Hanya 30 peratus jumlah pekerja dalam peringkat pengurusan akan dibenarkan hadir ke pejabat dan keperluan pekerja sokongan akan ditentukan oleh pihak majikan.

Advertisement

Sama-sama kita nantikan huraian lengkap oleh MKN mengenai PKP dalam masa terdekat ini.

 

Comments