PKP Mungkin Terpaksa Dilaksanakan Semula Jika Kes COVID-19 Makin Meningkat

Kita telah melihat, dalam tempoh beberapa hari dan minggu yang lepas, kes COVID-19 telah naik dengan mendadak sehingga mencecah 3 angka. 

Walaupun kluster-kluster telah dapat dikenal pasti dan dikawal melalui PKPD di daerah-daerah yang dikenalpasti, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memberi peringatan kepada seluruh rakyat Malaysia bawah PKP terpaksa dilaksanakan semula jika kes COVID-19 naik secara mendadak.

“Kita tidak boleh ke mana-mana dan tinggal di rumah sahaja seperti yang sedang dikuatkuasakan di Kota Setar, Kedah pada masa ini. Nauzubillah”

Tambahnya lagi, Perdana Menteri juga telah memberi gambaran bahawa situasi COVID-19 secara global masih lagi menular dan menjadi ancaman utama; ini juga termasuk di Malaysia.

Advertisement

Walaupun Malaysia hampir merekodkan kes sifar, ini masih belum cukup untuk memberi jaminan bahawa rantaian COVID-19 telah putus di Malaysia.

Jadi, berdasarkan data dan juga kajian yang dijalankan, jangkitan COVID-19 masih lagi akan berterusan buat jangka masa yang cukup lama, sehingga vaksin ditemui.

Sumber : Bernama

Comments

comments