PKPB Selangor, Kuala Lumpur Dan Putrajaya Dilanjut Hingga 9 November

Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan pihaknya telah bersepakat melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya selama 14 hari lagi.

Ia dilaksanakan berikutan penularan wabak COVID-19 masih berisiko di lokasi kawasan-kawasan tersebut.

“Setakat ini penilaian mendapati masih terdapat lokasi berisiko tinggi bagi penularan jangkitan Covid-19 sama ada di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor. Mengambil kira penilaian terhadap penularan itu, maka kerajaan bersetuju melanjutkan PKPB di negeri berkenaan selama 14 hari bermula 27 Oktober (esok) sehingga 9 November,”

Untuk rekod, lanjutan perintah itu akan bermula 27 Oktober ini sehingga 9 November 2020.

Sumber: Buletin TV3

Advertisement

Comments

comments