PlayStation 5 Bakal Dijual Di Malaysia Pada 19 November, Dianggarkan Berharga RM2,069

Pasti ramai peminat tegar konsol PlayStation teruja apabila mendapat berita bahawa PlayStation 5 bakali dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi.

Menurut laman sosial rasmi Playstation, PlayStation 5 akan dilancarkan secara global di negara-negara seperti US, Jepun, Kanada, Mexico, Australia, New Zealand dan Korea Selatan pada 12 November ini.

Manakala di negara-negara selain diatas, tarikh pelancaran dan jualan bermula dari November 19.

Advertisement

Harga rasmi PlayStation 5 yang diumumkan adalah $499 (~RM2069) dan $399 (~RM1654) untuk PlayStation 5 Digital Edition.

Selain itu, beberapa pengumuman lain telah dibuat seperti pelancaran game ekslusif untuk PlayStation 5 seperti Hogwarts LEgacy, Final Fantasy XVI, Spider-Man: Miles Morales dan Resident Evil Village.

Mungkin sudah ada yang telah membuat tempahan dan ingin memiliki konsol in lebih awal dari yang lain melalui proxy tetapi kami berharap agar harga yang ditawarkan di Malaysia tidaklah terlalu tinggi berbanding dengan harga yang dilancarkan.

Sumber : PlayStation

Comments

comments