PlayStation 5 Berkelajuan Seratus Kali Ganda Berbanding Playstation 4

Ia mungkin sesuatu yang sukar untuk dipercayai apabila pihak Sony mengatakan PlayStation5 (PS5) adalah seratus kali lebih pantas daripada PlayStation4 (PS4) kerana cakera keras SSD (Solid State Drive) buatan khasnya.

Ketika ditanya mengenai kepantasan PS5 dibandingkan dengan konsol gen terkini, Sony dengan yakin menyatakan bahawa PS5 akan “merevolusikan pengalaman permainan untuk pengguna”.

Ketua Pegawai Eksekutif Sony, Kenichiro Yoshida, menambah bahawa SSD binaan khas PS5 (yang lebih pantas daripada SSD di Xbox Series X) akan membolehkan kelajuan pemprosesan yang jauh lebih baik daripada PS4 sebelum ini.

Advertisement

“Untuk meningkatkan rasa realiti dalam permainan, kami bukan sahaja telah meningkatkan kualiti pada resolusi, tetapi juga tahap kecepatan permainan.”

Melalui SSD berkelajuan tinggi yang direka khas, Sony merancang untuk mewujudkan kelajuan pemprosesan data permainan yang kira-kira 100 kali lebih cepat daripada PS4. Tempoh masa bagi proses loading sesuatu permainan harus jauh lebih pendek, dan pemain harus dapat bergerak di dalam dunia permainan yang sangat luas dengan pantas.

Nampaknya SSD PS5 juga telah berkembang dengan baik bersama para developers permainan video. Baru-baru ini, salah satu developers permainan video terkenal, Epic Games menyatakan penghargaannya terhadap sistem storan baru, dan menunjukkan demonstrasi pendek mengenai apa yang bakal diperolehi oleh pemain dalam sistem next-gen Sony.

Sumber

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Comments

comments