“Poirier Terbaik Di Dunia Buat Masa Sekarang”- Khabib Nurmagomedov

Conor Vs Dustin UFC 264

Perlawanan UFC 264 antara Conor McGregor dan Dustin Poirier pada 11 Julai lalu dimenangi oleh Poirier menerusi TKO pada pusingan pertama.

Kemenangan Poirier mendapat perhatian Khabib Nurmagomedov, mengatakan bahawa Poirier tidak memerlukan pengalaman yang luas untuk menewaskan McGregor.

Tambah Khabib, Poirier adalah yang terbaik di dunia setakat ini bagi kelas lightweight dan poirier akan sentiasa menang menentang McGregor walaupun 100 kali mereka bertarung.

Dalam perlawanan itu, McGregor didapati mengalami kecederaan patah tulang di bahagian buku lali memaksa dia berundur ke belakang sebelum Poirier melakukan serangan bertubi-tubi sehingga McGregor tewas.

Advertisement

“Seandainya diteruskan, saya rasa Dustin akan mematahkan kedua-dua kakinya.

“Saya sudah beritahu bahawa tiada atlet akan memuncak sebanyak dua kali. Petinju tidak akan memuncak dua kali, mungkin awak boleh lawan petinju yang tidak setaraf dengan awak.

“Buat masa sekarang, Dustin adalah yang terbaik di dunia. Saya percaya dia adalah yang terbaik dalam kelas lightweight di dunia ini. Jika mereka berlawan 100 kali, Dustin akan menang 100 kali. Ini pendapat saya,” kata Khabib.

Khabib yang bersara dengan rekod bersih 29-0 setelah menewaskan Justin Gaethje pada tahun lalu di Abu Dhabi dan telah berjanji kepada ibunya untuk tidak bertarung lagi selepas perlawanan tersebut.

Tambahnya lagi, meskipun ibunya memberi kebenaran untuk dia berlawan pada masa akan datang, dia tetap tidak akan meneruskan.

Menurut Presiden UFC, Dana White berkata dia tidak akan memaksa dan mengganggu Khabib yang telah bersara tetapi berkemungkinan tawaran perlawanan masih terbuka untuk Khabib untuk masa akan datang.

Sumber

SUMBERUtusan Malaysia

Comments