Pokemon Boba Edisi Terhad Kini Dipasaran

759

Ramai orang di seluruh dunia gemar minuman teh boba. Kini, ia menjadi satu trend di seluruh dunia buat semua penggemar minuman teh boba.

The Pokemon Company mengumumkan bahawa mereka akan mengeluarkan minuman Pokemon boba edisi terhad.

Untuk edisi terhad kali ini, The Pokemon Company akan mengeluarkan 6 perisa minuman boba iaitu Eevee Milk Bubble Tea, Plenty of Pikachu Melon Soda Bubble Tea, Bulbasaur Matcha Bubble Tea, Plenty of Pikachu Rainbow Soda Bubble Tea, Mew Watermelon Smoothie Bubble Tea dan Pikachu Bubble Mango Smoothie Bubble Tea.

 

View this post on Instagram

The Pokemon Company perkenalkan 6 minuman boba edisi terhad di Kafe Pokemon, Tokyo. ?: SORANEWS24 #amazingnara

A post shared by AmazingNara (@amazingnara_) on

Jadi kepada semua peminat Pokemon, pasti anda semua ingin mendapatkan minuman Pokemon boba edisi terhad ini kerana ia diinspirasikan daripada karakter Pokemon.

Harga minuman edisi terhad bermula daripada 540 yen (RM20.77) sahaja. Bagi anda yang ingin mendapatkan minuman ini, ia hanya dijual di Kafe Pokemon yang terletak di Tokyo.

Minuman Pokemon boba edisi terhad ini akan mula dijual pada 17 Julai 2019 hingga akhir September ini.

Pasti anda geram dengan minuman ini kerana rekaannya yang sangat comel dan bakal menjadi rebutan peminat Pokemon.

Kepada peminat Pokemon, jangan sedih kerana minuman Pokemon boba edisi terhad hanya akan dijual di Jepun sahaja.

Sumber: SORANEWS24

Comments

comments