Polis Akan Mengunjungi Kediaman Individu Yang Meloloskan Diri Untuk Rentas Negeri Pada Hari Raya

tol

Pihak polis ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini memandang serius terhadap kes orang ramai yang berjaya meloloskan diri untuk merentas negeri. Kelonggaran yang diberikan dalam PKPB tidak bermakna orang ramai boleh memandang mudah tindakan memutuskan rantaian virus COVID-19.

Pihak berkuasa berkemungkinan besar akan mengunjungi rumah individu yang didapati lolos daripada larangan rentas negeri pada Hari Raya nanti.

Tindakan ini dinyatakan sendiri oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador yang menegaskan larangan pergerakan antara negeri tanpa kebenaran polis. Perjalanan yang dibuat adalah semata-mata untuk pulang ke kampung menyambut Aidilfitri.

Anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan mengesan kesemua individu yang disyaki melanggar larangan rentas negeri kerana tidak mempunyai permit kebenaran.

Advertisement

Selain daripada pemeriksaan permit kebenaran rentas negeri di sekatan jalan raya, polis terpaksa melakukan pemeriksaan di kawasan perumahan dan kampung. Terdapat segelintir individu yang berjaya bergerak melepasi batasan negeri untuk balik berhari raya. Pemeriksaan yang akan dijalankan adalah bagi mengesan kenderaan yang tidak mempunyai permit pergerakan yang dibenarkan.

Polis mempunyai rekod butiran individu beserta kenderaan yang diberikan permit kebenaran untuk melakukan pergerakan antara negeri.

sekatan jalan raya

Terdahulu, Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah memberi peringatan yang tegas kepada rakyat Malaysia untuk tidak sesekali melakukan perjalanan rentas negeri terutama pada musim perayaan ini.

Selain itu beliau turut menegaskan bahawa individu yang berjaya terlepas pulang ke kampung halaman tidak akan terlepas daripada buruan pihak polis apabila hendak pulang semula ke rumah. Kesalahan pergerakan rentas negeri boleh disabitkan kesalahan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan Akta Polis 1967.

Jom ‘like‘ dan ‘followFacebook &Twitter Amazing Nara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Sumber

Comments

comments