Polis Beri Amaran Individu Langgar SOP PKPB Bakal Dikompaun Serta Merta

Susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya bermula 14 Oktober sehingga 27 Oktober ini, individu-individu yang didapati tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika Sekatan Jalan Raya (SRJ) dibuat akan dikompaun serta-merta oleh pihak polis.

Menurut laporan Sinar Harian, tindakan itu akan diambil selepas jam 10 malam selaras dengan pelaksanaan PKPB yang telah bermula semalam.

Menurut pihak berkuasa, SJR pada waktu siang akan dilonggarkan berbanding pada waktu malam, berikutan waktu siang orang ramai difahamkan keluar bekerja.

Malah, 10 sekatan jalan raya juga akan dilaksanakan di seluruh daerah Shah Alam sepanjang tempoh 14 hari PKPB dilaksanakan.

Advertisement

Tidak ketinggalan, bagi memastikan orang ramai patuh akan setiap arahan, pihak polis juga akan melaksanakan sekatan di empat lokasi utama iaitu di Persiaran Kayangan Seksyen 7, Persiaran Tengku Ampuan Seksyen 26, Plaza Tol Shah Alam dan Plaza Tol Setia Alam.

Untuk rekod, 250 anggota dan pegawai termasuk Unit Kereta Peronda, Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dan Unit Pematuhan PKPB Op Covid-19 akan terlibat sepanjang PKPB berlangsung.

Sumber: Sinar Harian

Comments

comments