Polis Percaya Mayat Ditemui Berdekatan Resort Ialah Nora Quoirin

9942

Polis percaya bahawa mayat yang ditemui kira-kira 2.5 km dari resort The Dusun ialah remaja rakyat Ireland yang dilaporkan hilang, Nora Anne Quoirin.

Walaupun identiti mayat tidak dapat dipastikan dengan serta merta, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Mazlan Mansor berkata mereka mempunyai ‘syak wasangka munasabah’ bahawa mayat ditemui itu ialah remaja orang kelainan upaya berusia 15 tahun itu.

Malah kami sangat pasti, cuma biarlah keluarganya camkan dulu.

Mayat itu ditemui tanpa pakaian, bagaimanapun masih terlalu awal untuk menyatakan sama ada terdapat elemen jenayah yang terbabit dan akan hanya diketahui setelah bedah siasat dijalankan.

Mayat itu, kata Mazlan, diterbangkan ke Hospital Seremban untuk bedah siasat.

Saya telah berjumpa dengan keluarga Nora dan keluarganya akan ke hospital untuk membuat pengecaman mayat tersebut.

Sebelum ini, Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Mohamad Mat Yusop berkata mayat seorang ‘perempuan kulit putih’ telah ditemui jam 1.57 petang tadi.

Timbalan saya (Asisten Komisioner Kanan Che Zakaria Othman) dan unit polis forensik telah memasuki tapak mayat pada 2.05 petang dan sampai pada 2.30 petang.

Dia menambah, nmayat itu berada dalam ‘keadaan utuh’.

Suasana menjadi tegang di sekitar resort itu apabila Nora Anne dilaporkan hilang dan kenderaan unit polis forensik dilihat keluar dan masuk.

Polis menghadang laluan masuk ke resort itu pada 2.30 petang dan kenderaan polis forensik dilihat masuk pada 3.30 petang.

Dua lagi kenderaan unit polis forensik dilihat memasuki resort itu pada 3.50 petang.

Ibu bapa Nora Anne, Sebastien dan Maebh, dilihat memasuki resort itu tidak lama kemudian.

Ini ialah hari kesepuluh pencarian Quoirin, anak sulung dari tiga adik-beradik. Keluarga itu tiba di Malaysia untuk percutian dua minggu dan mendaftar masuk di resort tersebut sehari sebelum Nora Anne hilang.

Dia didapati hilang pada 4 Ogos, dengan salah satu dari tingkap bilik mereka didapati terbuka.

Keluarganya mendakwa Nora Anne telah diculik, tetapi tiada bukti yang menyokong dakwaan ini, dan kes diiklasifikasikan sebagai orang hilang, walaupun polis menyatakan penyiasat masih melihat dari semua sudut yang berkemungkinan, termasuk penculikan.

Satu operasi mencari dan menyelamat (SAR) besar-besaran telah dilaksanakan membabitkan ratusan anggota polis, termasuk batalion pasukan operasi am Senoi Praaq , penduduk Orang Asli, agensi kerajaan dan sukarelawan lain.

Helikopter berkelengkapan infra merah juga digunakan untuk membantu operasi SAR.

Walaupun ahli keluarga Nora Anne diasingkan dari pencarian untuk keselamatan mereka disebabkan lereng-lereng kawasan pencarian agak curam, mereka tetap membantu dengan rakaman suara Maebh, meminta Nora Anne pulang menggunakan laungan pembesar suara oleh penyelamat.

Keluarga itu juga menawarkan saguhati £10,000 (lebih kurang RM50,628) untuk maklumat mengenai Nora Anne. – amazingnara.com via New Straits Times

Comments

comments