Polis Perketat Sekatan Jalan Raya Menjelang Bulan Ramadan

Berbaki lebih kurang seminggu sahaja lagi umat Islam akan menyambut bulan Ramadan. Kebiasaannya, masyarakat akan menyambutnya di kampung halaman bersama keluarga namun tidak dapat berbuat demikian sejak tahun lepas akibat pandemik Covid-19.

Dalam pada itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melakukan pemeriksaan ketat di setiap sekatan jalan raya untuk memastikan tiada golongan yang cuba untuk merentas negeri balik ke kampung untuk menyambut awal Ramadan tahun ini, lapor Berita Harian.

Datuk Zainal Abidin selaku Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman berkata, pihak polis tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu dan akan mengambil tindakan tegas kepada mereka yang melakukan kesalahan.

Jika ada yang ingin merentas negeri, kelonggaran tersebut hanya diberikan kepada individu yang mempunyai dokumen perjalanan yang lengkap dan mendapat kebenaran daripada pihak polis. 

Advertisement

Dalam hal ini, polis percaya ramai yang akan buat cubaan rentas negeri untuk balik ke kampung menyambut Ramadan. Oleh itu, polis akan memperketat semua pemeriksaan di sekatan jalan raya dan memastikan tidak ada yang terlepas.

Tiada nasihat akan diberikan kepada sesiapa yang melanggar undang-undang malah tindakan tegas akan terus diambil terhadap individu yang melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP).

Tambahnya, jika kes harian Covid-19 meningkat, akan ada penambahan jumlah sekatan jalan raya.

Sumber

Comments

comments