Polis Siasat Dakwaan Ibu Bapa Nora Anne Terlibat Dalam Kehilangan Dan Kematiannya

80920

Polis dikatakan sedang menyiasat dakwaan seorang peguam Ireland bahawa keluarga Nora Anne Quoirin bersubahat dalam kehilangan dan kematian remaja itu, lapor Free Malaysia Today.

Pihak berkuasa memberitahu kematian remaja itu ialah akibat pendarahan usus yang berkemungkinan disebabkan kelaparan dan stres yang berpanjangan.

Bagaimanapun, dalam satu muat naik Facebook pagi ini, peguam Anne Brennan yang juga seorang aktivis kanak-kanak menuduh keluarga Quoirin ‘berusaha sedaya upaya’ untuk ‘mengganggu proses keadilan’.

Brennan berkata, pengumuman keluarga itu baru-baru ini yang mereka akan meninggalkan Malaysia bersama mayat remaja itu sangat mencurigakan.

nora anne quoirin, inquiry, siasatan, pembunuhan, nora anne quoirin, ibu bapa nora anne quoirin

Dia juga mendakwa, ibu bapa Nora Anne iaitu Meabh dan Sebastian Quoirin, ‘cabut lari’ dari Malaysia sebaik saja menerima jaminan yang mereka tidak akan disiasat untuk keterlibatan mereka dalam kehilangan dan kematian Nora Anne. Katanya:

Mereka berjaya meyakinkan pihak berkuasa Malaysia untuk tidak menyiasat mereka atas tuduhan membunuh dan melepaskan mayat Nora Anne tanpa laporan forensik dan toksikologi yang biasa dibuat untuk apa-apa kes kematian jenayah.

Mendakwa semua itu ialah usaha pasangan Quoirin untuk menutup kejadian sebenar yang berlaku, pasangan Quoirin tidak memberi keterangan mengenai pergerakan mereka untuk tempoh  24 jam sebelum melaporkan anak perempuan mereka telah hilang.

Kesemua perkara rutin mudah yang berlaku dalam kes kehilangan kanak-kanak, dan penyiasatan jenayah, tidak dilaksanakan dalam kes Nora.

Brennan juga berkata polis telah mengesahkan yang tiada bukti terdapat ‘campur tangan pihak ketiga’ yang kononnya telah menceroboh masuk ke dalam vila keluarga itu pada malam Nora dilaporkan hilang.

Tiada bukti Nora Anne melawan. Tiada cap jari. Tiada kesan tapak kaki, atau jeritan. Tiada siapa terdengar apa-apa.

Polis Malaysia berkata yang Nora tidak keluar dari biliknya seorang diri. Pihak ketiga terlibat dalam kes ini, dah pihak ketiga itu ialah seorang yang Nora kenali.

Nora Anne yang dilaporkan hilang pada 4 Ogos, ditemui mati dalam satu gaung kira-kira 2.5 km dari resort di mana keluarganya tinggal.

Polis memberitahu terdapat calar-calar di kakinya namun ahli patologi forensik yang menjalankan bedah siasat menyatakan yang calar itu bukan penyebab kematiannya.

Juga tiada bukti serangan seksual, atau sebarang elemen penculikan.

Pada 15 Ogos, polis telah menahan seorang lelaki 29 tahun kerana membuat tuduhan yang Nora Anne telah dirogol oleh Orang Asli. – amazingnara.com via FMT

Comments

comments