Polis Siasat Kejadian Tembok Masjid Diconteng Dengan Cat Merah

tembok masjid diconteng

Masjid atau surau merupakan tempat ibadat untuk orang muslim bagi menunaikan ibadah harian. Ia juga merupakan tempat bagi seorang bilal untuk melaungkan azan sebagai tanda masuknya waktu solat. Tetapi, timbul sebuah kejadian yang mana terdapat individu yang tidak berpuas hati dengan tindakan masjid yang melaungkan bunyi yang terlalu kuat.

Kejadian dipercayai berlaku di sebuah masjid di Taman Pengkalan Jaya, Ipoh, selepas pihak polis menerima laporan daripada seorang ahli masjid pada pukul 9.07 pagi, semalam, yang menyatakan tembok pagar pintu masjid tersebut telah diconteng dengan cat merah.

Menurut laporan Astro Awani, Ketua polis Daerah, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang pesara berusia 60 tahun yang merupakan ahli jawatankuasa masjid tersebut.

Berdasarkan laporan, semasa pengadu tiba di masjid seawal pukul 5.15 pagi, dia mendapati terdapat beberapa contengan berwarna merah pada tembok masjid yang menyuruh supaya masjid jangan membuka bunyi yang kuat.

Advertisement
Jangan buka bunyi terlalu kuat
Tembok Masjid Diconteng
Contengan pada tembok masjid di Ipoh (Sumber: Kosmo!)

Yahaya berkata, semasa kejadian, hanya pengadu dan isterinya sahaja yang berada di kawasan tersebut selain turut memberitahu bahawa setiap pagi, dia akan memasang bacaan Al-Quran kira-kira 10 minit sebelum melaungkan azan subuh.

Beliau turut menambah, pengadu yang merupakan muazzin di masjid itu memaklumkan tiada individu mahupun kumpulan yang pernah menyatakan rasa tidak puas hati dengan bunyi kuat dari masjid itu.

Walaubagaimanapun, pihak polis akan menjalankan siasatan bagi mengesan pelaku dan kes disiasat mengikut Sekysen 295 Kanun Keseksaan atas kesalahan mencemarkan tempat ibadat.

Sumber

SUMBERAstro Awani

Comments