Polis Tahan Selebriti Wanita Disyaki Positif Dadah

Kerana disyaki terlibat dengan penyalahgunaan dadah, seorang selebriti wanita ditahan semalam di sebuah rumah di Kampung Chalet, Nilai, Negeri Sembilan. Walaubagaimanapun, identiti selebriti berkenaan tidak didedahkan pihak polis. Siapa lah agaknya ya?

Menurut laporan Bernama, selebriti wanita berkenaan telah ditahan sepasukan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai setelah serbuan dibuat.

Ketua Polis Daerah Nilai, Supt Mohd Fazley Ab Rahman berkata bahawa selebriti berkenaan telah dibawa ke pejabat Narkotik IPD Nilai bagi tujuan saringan awal air kencing dan keputusannya adalah positif dadah jenis methamphetamine.

Setelah selesai memberi keterangan, suspek diberi jaminan polis dan kes kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. Jikat sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda maksimum RM5,000, atau kedua-duanya.

Advertisement

Sumber

Comments