Polis Terima Satu Laporan Dan Sedang Mengesan Individu Tak Patuh SOP Di Mahkamah Kuala Lumpur

Pihak polis akan memanggil penganjur perhimpunan di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur semalam selepas tular mengenai mereka yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Menurut pihak polis mereka akan diambil keterangan mengenai perkara yang berlaku.


Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor berkata, satu laporan berkenaan para penyokong Dato Seri Najib Razak yang telah melanggar SOP tersebut juga ada diterima.

Dia memberitahu pihak polis turut mengesan individu-individu yang terlibat tidak mematuhi SOP melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar kompleks mahkamah tersebut.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Advertisement

Comments

comments