Polisi Terbaru Cermin Gelap Kenderaan Diumumkan: Berkuatkuasa 8 Mei Ini

2148

Ramai pengguna kenderaan di Malaysia masih tidak begitu arif tentang penggunaan cermin gelap pada kenderaan mereka. Malah, ramai juga pengguna kenderaan yang berpendapat bahawa undang-undang cermin gelap kereta tidak dikuatkuaskan sepenuhnnya.

IMG-20150808-WA0037

Atas faktor keselamatan dan juga privasi, ramai pengguna kenderaan tidak mengendahkan undang-undang cermin gelap kereta dengan menggelapkan kesemua cermin sisi pemandu dan juga penumpang serta belakang kenderaan.

tinted-2
Undang-undang pemasangan/penggunaan cermin gelap yang sedia ada

Namun, dengan pemindaan ke atas peraturan cermin gelap di Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991, Kementerian Pengangkutan kini telah membenarkan penggunaan cermin gelap sepenuhnya pada bahagian sisi kiri dan kanan penumpang.

tinted-window
Kadar peratusan cermin gelap pada bahagian cermin depan kenderaan serta cermin sisi kanan dan kiri pemandu kekal seperti sedia ada – Anthony Loke Siew Fook (Menteri Pengangkutan)

Namun, kepada pengguna yang ingin menggelapkan cermin sisi depan kiri dan kanan, mereka masih perlu membuat permohonan melalui Jabatan Pengangkutan Jalan. Setiap permohonan yang sah selama 2 tahun dari tarikh yang diluluskan akan dikenakan bayaran sebanyak RM5,000.

Pada pendapat kami, adalah wajar untuk mengekalkan jumlah kegelapan pada bahagian kiri dan kanan serta depan pemandu atas factor keselamatan terutamanya pada waktu malam dan juga hujan.

Apa komen anda?

Comments

comments