Positif Dadah, Lelaki Tumbuk Anggota Bomba Ketika Padam Kebakaran Kini Ditahan

Tular di pelusuk media sosial apabila rakaman video menyaksikan seorang lelaki khabarnya mabuk dan bertindak menyerang beberapa anggota bomba di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras.

Menerusi video tersebut, jelas kelihatan lelaki berkenaan cuba melarikan diri selepas terlibat dalam satu kemalangan.

Pihak bomba yang berada di tempat kejadian tampil menghalang beliau dengan cara yang baik, namun beliau pula bertindak agresif dengan cuba memukul anggota bomba yang menghalangnya itu.

Advertisement

Bagaimanapun, lelaki itu akhirnya berjaya dihalang oleh pihak bomba dan orang awam yang berada di tempat kejadian.

Difahamkan keretanya terbakar setelah melanggar beberapa kereta orang awam. Salah sebuah kereta yang menjadi mangsa adalah Perodua Myvi yang kemek di bahagian belakang.

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, kes ini telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Saringan awal suspek positif dadah. Suspek akan dibawa ke Mahkamah Kajang pada Jumaat untuk permohonan reman bagi membantu siasatan polis,”
Kes disiasat di bawah Seksyen 186 / 353 Kanun Keseksaan dan Siasatan kes kemalangan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Astro Awani, Jalal Misai

Comments

comments

Artikel Seterusnya