Posmen Wajar Diberi Bonus Sebulan Gaji Oleh Pos Malaysia Ketika Musim Perayaan

Musim perayaan Hari Raya yang bakal tiba seharusnya memberi sedikit kegembiraan kepada semua orang meskipun beraya dalam norma kebiasaan yang baru. Tetapi, baru-baru ini tular di media sosial berikutan kisah seorang posmen yang kecewa gara-gara tidak mendapat bonus untuk tahun ini.

Baca: Abang Posmen Termenung Sedih Diberitahu Tidak Dapat Bonus Walaupun Kerja Menimbun Sejak PKP

Netizen terus giat berkempen supaya Pos Malaysia dapat memberikan bonus gaji sebulan kepada semua pekerja memandangkan tugas mereka ketika bulan puasa in amat mencabar. Tahun sebelumnya, Pos Malaysia memberikan bonus gaji untuk posmen sempena Hari Raya.

Pos Malaysia alami kerugian?

Netizen ingin membela nasib posmen kerana Pos Malaysia dianggap berlaku tidak adil terhadap pekerja mereka. Tambahan lagi, ada yang mengatakan posmen terpaksa bekerja lebih masa lebih-lebih lagi ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Advertisement

posmen

Pengurus Kanan Pick Up & Delivery Pos Malaysia melaporkan pihak mereka menerima jumlah peningkatan pesanan Pos Laju sebanyak 35 peratus ketika PKP. Dalam sehari, Pos Malaysia dianggarkan menerima 770,000 bungkusan melebihi kapasiti biasa iaitu 350,000 bungkusan.

Fasiliti pemprosesan telah ditambah untuk memastikan setiap pelanggan menerima bungkusan yang dipesan. Pos Malaysia dan Pos Laju sudah mempunyai banyak pengalaman untuk berhadapan dengan situasi kritikal seperti sekarang.

Khidmat penghantaran dilakukan tujuh hari seminggu termasuk hari Ahad bermula 8.30 pagi hingga 7 petang.

Punca yang disebabkan posmen tidak menerima bonus raya tahun ini adalah difahamkan Pos Malaysia mencatatkan kerugian sebelum cukai sebanyak RM35.4 juta. Tahun lepas, Pos Malaysia hanya mencatakan kerugian sebanyak RM19 juta dalam tempoh masa yang sama.

posmen

Kerugian ini disebabkan oleh penurunan jumlah mel yang berterusan iaitu sebanyak 14 peratus. Selain itu, Pos Malaysia turut mengalami peningkatan kos khidmat Obligasi Perkhidmatan Universal (USO).

Gaji posmen tidak pernah naik

Walau bagaimanapun, jumlah bungkusan yang meningkat secara mendadak ketika PKP ini jelas menunjukkan Pos Malaysia mempunyai potensi untuk menerima keuntungan.

Seorang pemilik akaun Twitter, @datukhensem turut mempersoalkan kadar gaji pokok posmen tidak mencapai RM2,000 sebulan walaupun sudah berkhidmat lebih 20 tahun. Jumlah gaji, bonus dan elaun yang diterima ahli-ahli lembaga pengarah Pos Malaysia pula amat jauh berbeza.

slip gaji

Ketika ini Pos Malaysia sedang menjalankan penyiasatan untuk membongkar identiti pekerja yang telah bekerjasama dengan netizen untuk mendedahkan semua perkara ini.

Perkara ini menambahkan lagi kemarahan netizen dan seterusnya membuat petisyen dalam talian untuk mendesak pihak Pos Malaysia memberikan bonus raya kepada semua posmen.

Jom ‘Like’ Facebook & ‘Follow’ Twitter Amazingnara bagi mendapatkan berita terkini lagi sensasi di seluruh dunia.

Sumber

Comments

comments