PPE Khas Untuk Bayi Baru Lahir

PPE khas untuk bayi

Sejak penularan wabak Covid-19 pada awal tahun lalu, langkah keselamatan seperti pakaian pelindung diri dan pelitup muka amat penting untuk mengurangkan risiko jangkitan.

Hospital di Thailand merupakan yang pertama memperkenalkan peralatan perlindungan khas (PPE) untuk bayi yang baru lahir bagi mencegah penularan wabak Covid-19.

Baru-baru ini, Hospital Paolo telah berkongsi gambar bayi yang diberikan pakaian PPE khas untuk bayi dilengkapi dengan mini face shield.

PPE khas bayi

Advertisement

Cadangan untuk memberi bayi pelitup muka seperti orang dewasa dan kanak-kanak lain dibantah kerana dikhuatiri boleh menyebabkan bayi itu sesak nafas.

Sistem imuniti bayi yang baru lahir amat kurang, oleh itu mereka memerlukan sekurang-kurangnya satu pelindung muka sebagai langkah berjaga-jaga.

Kaedah luar biasa ini turut dipraktikkan di hospital-hospital lain di Thailand seperti Hospital Praram 9.

Pelindung muka bayi yang direka khas ini akan digunakan ketika bayi dalam perjalanan pertama pulang ke rumah mereka.

Inisiatif yang dilakukan oleh Hospital Thailand ini mendapat pujian ramai pihak khususnya pemimpin dan rakyat mereka sendiri ketika sedang bertarung dengan pandemik Covid-19.

Sumber

SUMBERSinar Online

Comments