Pramugari Tunjuk Simptom COVID-19 Lari Daripada Hospital, Kini Sudah Pulang Atas Alasan Salah Komunikasi

pramugari lari daripada hospital

Dek kerana situasi penularan COVID-19 di Malaysia yang kian mencapai paras membimbangkan, kerajaan telah pun menggesa rakyat yang mempunyai simptom virus itu supaya tampil untuk menjalani pemeriksaan di fasiliti kesihatan berhampiran. Hal ini bagi mengurangkan keberangkalian penyakit itu berjangkit kepada orang lain sekiranya ia dapat dikesan dengan lebih awal.

Meskipun begitu, terdapat juga sesetengah individu yang degil dan mengingkari arahan yang dikeluarkan oleh petugas perubatan. Sama seperti satu kes yang berlaku di Hospital Parit Buntar di mana seorang pramugari dilaporkan telah melarikan diri daripada fasiliti berkenaan meskipun menunjukkan gejala yang sama dengan wabak itu.

Menerusi sejarah perjalanan yang didedahkan, wanita tersebut telah terbang ke Singapura pada 11 Mac dan berhenti di Thailand untuk transit. Selepas perjalanan itu, dia menunjukkan gejala seperti demam selama 12 hari sehinggalah pada 23 Mac lepas.

pramugari lari daripada hospital

Advertisement

Selepas disyaki mempunyai virus COVID-19, wanita itu telah diminta untuk ke wad isolasi Hospital Parit Buntar untuk saringan kerana menolak untuk dipindahkan ke Hospital Taiping. Walaubagaimanapun, dia bertindak melarikan diri bersama abangnya semasa urusan itu belum diselesaikan.

Pihak polis juga telah dimaklumkan mengenai perkara itu dan dalam usaha untuk menguruskannya. Walaubagaimanapun dikhabarkan bahawa wanita itu mungkin salah komunikasi dengan pihak hospital lantas menyebabkan dia membuat keputusan untuk pulang. Selepas berita mengenainya tular di laman media sosial, pramugari tersebut secara sukarela telah kembali semula ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Diminta semua orang supaya memberi kerjasama dengan petugas kesihatan bagi membendung wabak COVID-19.

Sumber

Comments

comments