Professor Dr Bahari Belaton Menjadi Orang Asli Pertama Dilantik Sebagai Dekan

Professor Dr Bahari Belaton

Professor Dr Bahari Belaton dilantik sebagai Dekan Pusat Pengajian Sains Komputer Universiti Sains Malaysia (USM) dan Pengarah Pusat IPv6 Termaju Negara (NAv6) berkuatkuasa semalam. Ianya menjadikan Dr Bahari Belaton sebagai Orang Asli pertama yang dilantik memegang kedua-dua jawatan itu.

Buat pertama kali dalam sejarah, Orang Asli diangkat memegang dua jawatan ketua jabatan secara serentak di institusi pengajian tinggi negara. Untuk makluman, Dr Bahari berasal dari suku kaum Semai dari Kampung Orang Asli Tangkai Cermin, Perak dan mempunyai pengalaman luas dan telah mengembara ke luar negara untuk menuntut ilmu.

Beliau juga mendapat ijazah pertamanya dalam bidang Sains Komputer di South Australian Institute of Technology, Australia pada tahun 1989. Mempunyai kepakaran dalam bidang ‘Pengamatan Data Saintifik, Grafik Komputer dan Keselamatan Rangkaian’, beliau telah berkhidmat lebih daripada 24 tahun bersama-sama USM.

Hidup susah semasa kecil

Beliau yang merupakan anak kelima daripada tujuh adik beradik itu kehilangan bapanya semasa berumur sembilan tahun. Hidupnya kemudian menjadi sukar di mana beliau perlu bergantung kepada ibunya yang mencari rezeki buat keluarga.

Advertisement
orang asli
Gambar sekadar hiasan

Menurutnya, pada sekitar tahun 1960-an, keadaannya berbeza daripada keadaan sekarang. Ditambah lagi dengan kenyataan bahawa mereka tinggal di sebuah perkampungan Orang Asli yang terletak kira-kira 20km dari bandar terdekat, iaitu Tanjung Tualang.

Beliau baru mengetahui pada beberapa tahun kemudiannya dari arwah ibu mereka bahawa semua adik-beradik mereka yang lain telah meninggal dunia. Yang kemudian meninggalkan beliau bersama kakaknya tanpa mengetahui sebab sebenar kematian mereka.

“Tidak ada elektrik di kampung kami dan kami cukup beruntung mendapat bekalan air bersih dari pelombong bijih timah, yang secara kebetulan tinggal dekat dengan kampung.”

Lebih menyedihkan, ianya adalah air dari tiga paip utama yang dikongsi dengan seluruh kampung. Walaupun dihimpit dengan pelbagai kesukaran, ianya tidak menghalangnya mahu mengubah nasib keluarga.

Bukan penghalang untuk menuntut ilmu

Dr Bahari dibesarkan oleh ibunya secara sendirian yang merupakan seorang yang buta huruf, oleh itu pendidikan bagi ibunya tidak menjadi keutamaan. Yang paling penting ialah pelbagai cara untuk mencari rezeki dan meneruskan kehidupan.

Dia melakukan segala macam pekerjaan bermula dari mencari hasil hutan hingga bekerja untuk petani bagi membantu tanaman mereka, asalkan cukup untuk mereka sekeluarga.

Namun, beliau bangga dengan ibunya kerana di sebalik kekurangannya, dia selalu menyokongnya dalam menuntut ilmu dan selalu berusaha sedaya upaya untuk memenuhi keperluannya termasuk pakaian sekolah, kasut, wang saku dan sebagainya.

orang asli
Gambar sekadar hiasan

Pada zaman sekolah menengahnya, kisah kejayaan dari komuniti lain akan mendorong semangatnya untuk berjaya seperti mereka pada suatu hari nanti. Beliau juga mengakui bahawa Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) telah memainkan peranan penting sepanjang perjalanan hidupnya. Juga kehidupan anak-anak Orang Asli yang lain dalam memberi mereka pelbagai bantuan dan sokongan.

Tidak melupakan asal usul

Tidak lupa pada asal usulnya, Dr Bahari juga menyampaikan beberapa pandangan dan nasihat kepada kumpulan minoriti seperti dirinya, dengan harapan dapat mendorong dan memberi inspirasi kepada mereka untuk bersama-sama mencapai kejayaan.

Beliau mengatakan apa yang penting ialah mereka di luar sana perlu bertahan dengan apa yang mereka harapkan untuk dicapai. Ini kerana cabaran yang dihadapi oleh kumpulan ini dalam bidang apa pun atau di tahap mana pun akan menjadi dua kali lebih sukar daripada masyarakat umum.

Bagi Orang Asli secara khusus, cabaran untuk menyesuaikan diri, rasa kebersamaan yang dominan (berbeza dari yang lain) dan aspek lain adalah antara masalah ‘tidak bertulis’ yang perlu ditangani secara serentak dengan cabaran lain yang dihadapi oleh masyarakat umum.

“Masyarakat Orang Asli juga perlu hidup dengan toleransi dan rendah hati, sambil menerima perlunya mempunyai teman seramai mungkin dari masyarakat umum,” katanya lagi.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Sumber

Comments

comments