Program Get Malaysian Business Online Dibuka Untuk Pendaftaran

138

Ini merupakan satu lagi insentif dari Kerajaan untuk membantu usahawan MIKRO terutama golongan wanita untuk menceburi perniagaan dalam talian. Belanjawan 2013 memperuntukan RM50 Juta bagi menjayakan program ni dan membantu 50,000 usahawan dengan geran sebanyak RM1,000 seorang.

Program Get Malaysia business online

Program ini akan dilaksanakan mulai 1 januari 2013 dan bagi yang berminat, anda boleh membuat permohonan melalu laman web SKMM atau melalui Pusat Internet 1Malaysia(PI1M).

Semestinya untuk memohon program ini anda perlu memenuhi syarat yang ditetapkan untuk pemohon.

Syarat-syarat Kelayakan:

  • Warganegara Malaysia dengan keutamaan diberikan kepada wanita yang berumur 18-65 tahun
  • Pendaftaran/Lesen Perniagaan
  • Pendaftaran nama domain (.com.my/.my) dan blog atau website yang aktif
  • Langganan kepada perkihdmatan telekomunikasi atau akses kepada jalur lebar komuniti melalui keahlian Pusat Internet 1Malaysia (PI1M)
  • Akaun bank tempatan atas nama usahawan/syarikat yang digunakan untuk urusan perniagaan atau etc
  • Keutamaan kepada usahawan mikro – jumlah pekerja (sepenuh masa) tidak melebihi 5 orang atau pendapatan tidak lebih RM200,000 setahun
  • Comments

    comments