Props Dan Kostum Di Dalam Siri Netflix Yang Dibatalkan Akan Dilelong – Marvel

1514

Untuk pertama kali dalam sejarah, Marvel akan melelong lebih dari 850 item dari props siri Marvel yang sudah dibatalkan tayangan di Netflix. Item yang terdiri daripada props, bahagian set dan kostum yang digunakan di dalam Marvel’s Daredevil, Marvel’s Luke Cage, dan Marvel’s Iron Fist.

Marvel Television Live Auction yang dibawakan oleh Prop Store dengan kerjasama Marvel Entertainment ini boleh dibida secara online sekarang dan sesi membida akan dilakukan secara langsung pada 12-13 Ogos di Prop Store, Los Angeles, California.

Tapi jangan risau jika anda tidak boleh membida secara langsung di sana, anda juga boleh membida secara online di Prop Store

Disini kami sertakan antara item menarik yang akan dilelong.

Untuk maklumat lanjut anda boleh ke laman web Prop Store. Kepada peminat Marvel, jangan lepaskan peluang keemasan ini!

Comments

comments