Props Majlis Perkahwinan Runtuh Gara-gara Digayuti Kanak-kanak Nakal

16909

Di majlis perkahwinan, kanak-kanak biasanya memeriahkan majlis, namun ada kalanya menimbulkan masalah jika tidak dikawal. Begitulah yang berlaku di sebuah majlis, apabila prop untuk satu majlis perkahwinan roboh kerana kanak-kanak bergayut di situ.

Sebenarnya bila terjadi begini, siapakah yang bertanggungjawab? Kerana props dihasilkan menggunakan kos dan ia juga mungkin dari jenis yang disewakan dan boleh dipakai berulang kali.

“Tuan rumah kena bayar.”

Ada Netizen mendakwa tidak mahu menjemput kanak-kanak ke majlis perkahwinan mereka kerana ada ibu bapa yang membiarkan anak-anak mereka bersikap buas di majlis perkahwinan.

“Mak bapa perlu pantau anak.”

Oleh itu, diharap selepas ini ibubapa yang membawa kanak-kanak ke majlis perkahwinan bersikap lebih peka dengan memantau anak-anak. Kerugian dan kerosakan yang boleh ditimbulkan sebenarnya boleh dielakkan juga jika anak-anak diterapkan dengan sikap beradab apabila menghadiri keramaian. – amazingnara.com

Comments

comments