Proton Bakal Lancarkan Model X70 SE Di Malaysia Tak Lama Lagi?

Baru-baru ini tular di media sosial foto yang menunjukkan bahagian belakang Proton X70 Special Edition (SE) dengan warna biru serta berbumbung hitam. Cantik kan warna dia?

Menurut laporan Pandu Laju, Proton X70 SE ini dipercayai datang dengan rim yang sama dengan Geely Azkarra gunakan. Di bahagian sisi kereta pula terdapat kemasan plastik hitam yang disertakan dengan panel chrome di bahagian bawah pintu. Nampak premium gila!

Pada bahagian belakang, terdapat emblem SE pada belah kiri. Untuk ruangan dalaman pula, ia mungkin menggunakan material kulit Nappa hitam dan karpet kaki dengan emblem SE.

Advertisement

Kalau korang nak tahu, Proton X70 SE EE (Exclusive Edition) ini sudahpun dibuka tempahan di Brunei dengan hanya 37 unit sahaja. Adakah ianya ditawarkan di Malaysia nanti dengan model sama? Sama-sama kita nantikan gais.

Sumber

Comments