Proton Bawa Masuk Model Saga R3 Ke Pakistan Pada Harga PKR 2,425,000

Nampaknya jenama kereta No.1 negara iaitu Proton terus mendapat permintaan yang tinggi di luar negara dan ini dapat dilihat selepas Al-Haj Automotive berjaya mendapatkan tempahan model Proton X70 yang tinggi di Pakistan.

Terbaru, Proton telah mengesahkan untuk membawa masuk satu lagi model baharu ke Pakistan iaitu Proton Saga R3 dan untuk varian manual akan dijual pada harga sekitar PKR 1,975,000 atau RM53,690.

Ia membabitkan empat pilihan varian iaitu Saga MT, Saga AT PKR 2,125,000 (RM57,769), Saga ACE PKR2,225,000 (RM60,488) dan Saga R3 Limited Edition PKR 2,175,000 (RM59,129).

Proton-Saga-R3-Limited-Edition-Pakistan-4

Advertisement

Proton-Saga-R3-Limited-Edition-Pakistan-7

Proton-Saga-R3-Limited-Edition-Pakistan-5

Proton-Saga-R3-Limited-Edition-Pakistan-6

Bagi Saga R3 Limited Edition ia hanya dikeluarkan untuk 100 unit sahaja dan setiap pembilan akan datang dengan waranti selama 5 tahun atau 150,000km. Mana-mana yang sampai dulu la.

Apapun ini perkembangan yang baik buat Proton dan semoga semua model yang dibawa ke luar negara terus mendapat sambutan yang baik.

Sumber

Comments

comments