Proton Lancar Persona MC2 Dan Iriz Active Pada 5 Ogos Ini?

Persona MC2 Iriz Active

Menerusi laman Facebook dan Youtube Proton, mereka telah menyiarkan video teaser berkenaan dua model versi dipertingkatkan iaitu Persona MC2 dan Iriz Active. Pasti ramai yang tak sabar kan? Proton akan melancarkan kedua-dua model versi dipertingkatkan itu pada 5 Ogos ini.

Pelancaran secara langsung itu dibuat secara maya pada jam 11 pagi tarikh berkenaan. Bagi sesiapa yang nak tahu lebih lanjut berkenaan Persona MC2 dan Iriz Active ini, korang boleh daftar di pautan Proton Register.

Advertisement

Walaubagaimanapun, kedua-dua model ini hanya ditawarkan dengan transmisi CVT dengan fungsi SAT (Stepped Auto Transmission) dan tiada lagi pilihan transmisi manual menurut sumber, Funtasticko.

Bagi Persona MC2, ia dikatakan bakal hadir dengan tiga pihan varian iaitu Standard 1.6L CVT, Executive 1.6L CVT dan Premium 1.6L CVT. Manakala bagi Iriz Active pula ditawarkan dalam tiga varian dengan dua pilihan enjin iaitu Standard 1.3L CVT, Executive 1.6L CVT dan varian baharu iaitu Active 1.6L CVT.

Apapun, kita tunggu sehingga kedua-dua model versi dipertingkatkan ini dilancarkan pada 5 Ogos nanti untuk maklumat lanjut.

SUMBERPandu Laju

Comments