Proton Satria Neo R3 Clubsport 2008, Kereta Perlumbaan Yang Hanya 25 Unit Pernah Dikeluarkan

Jarang terdapat produksi kereta yang mempunyai dwi-fungsi sebagai kereta harian di jalan raya dan juga kereta di trek perlumbaan, seperti Porsche 911 GT3 RS, Renault Megane RS Trophy-R dan Volkswagen GTI Clubsport S. Kereta ini bukan sahaja sah untuk digunakan di jalan raya, tetapi juga memenuhi syarat untuk siri perlumbaan tertentu, sama ada dari jenis one-make atau Clubsport.

Tahukah anda bahawa Proton pernah membangunkan dan mengeluarkan model seperti ini pada suatu masa dahulu. Ianya dikenali sebagai Satria Neo R3 Clubsport.

Dibangunkan oleh bahagian perlumbaan dalaman R3 Proton, model ini pertama kali diperkenalkan pada tahun 2008 ketika Tengku Djan Ley yang dikenali sebagai The Prince of Drift mengetuai pasukan itu. Dibangunkan untuk menjadi sebahagian daripada siri perlumbaan one-make, Neo Clubsport dibuat dalam jumlah yang sangat terhad, iaitu hanya 25 unit sahaja.

Kereta ini berdasarkan pada varian manual Neo 1.6 yang menampilkan enjin empat silinder Campro 1.6 liter S4PH. Ia menawarkan kuasa lebih rendah (110 hp / 148 Nm) berbanding dengan barisan 1.6 H yang lebih baru dan dikemas kini, yang turut dilengkapi Enjin Campro CPS dengan tork 125 hp dan 150 Nm.

Advertisement

Walau bagaimanapun, S4PH lebih mudah diubah, dan dengan cams yang berbeza, serta sistem ECU dan ekzos baru, Neo Clubsport dikeluarkan dari kilang dengan berkuasa 137 hp. Mungkin kuasa horsepower ini agak rendah, tetapi dengan berbagai langkah pengurangan berat yang dilakukan, kereta itu memilik keberatan yang hanya 1.050 kg, bersamaan 109 kg lebih rendah daripada Satria Neo biasa.

Selain pengurangan berat badan dan enjin yang disempurnakan, kereta ini juga dilengkapi dengan 6 point roll cage yang diiktiraf oleh FIA bagi memastikan ia dapat berfungsi dengan baik di trek perumbaan. Neo Clubsport memiliki Vehicle Type Approval (VTA) daripada Jabatan Pengangkutan Jalan yang membolehkannya didaftarkan dan digunakan di jalan raya, jadi tidak ada masalah untuk menggunakan roll cage ini di jalanraya biasa.

Di sebalik semua ini, luaran Neo Clubsport hanya kelihatan agak sederhana, dengan hanya sedikit perubahan tertentu untuk menjadikan ianya berlainan daripada Neo biasa. Di bahagian depan, R3 memasang front splitter, sementara spoiler belakang di dalam sudut yang kelihatan lebih agresif.

Pada bahagian lain, kereta ini dipasang dengan pin bonet, klip pintu belakang, cangkuk tunda depan, emblem khas model R3, grafik Litar Antarabangsa Sepang, roda aloi R3, tayar Bridgestone Potenza RE001, serta kill switch yang memutuskan bekalan elektrik sekiranya berlaku kemalangan.

Untuk bahagian dalaman, kemasan karpet tidak digunakan dan roll cage digabungkan dengan sepasang kerusi perlumbaan Recaro TS-G, lengkap dengan tali pinggang keledar Sparco. Stereng asal yang mempunyai beg udara yang juga digantikan dengan stereng Momo Tuner, yang dilengkapi dengan quick release bos kit. Kemasan lain termasuk kill swich tambahan menggantikan head unit asal, dan plat pengesahan model R3.

Pengubahsuaian ini dikatakan berjumlah RM29,000 di mana menjadikan harga keseluruhan kereta sebanyak RM75,000. Ini adalah harga yang sagat berpatutan untuk kereta perlumbaan buatan khas dari kilang.

Pemilik yang membeli kereta tersebut diwajibkan untuk mengambil bahagian dalam siri perlumbaan one-make Neo Clubsport, yang menjadikan penambahan beberapa kos tertentu.

Sumber

Comments

comments