Pulau Jerejak Penang, Kini Berwajah Baru

1132

Selalunya kita semua akan ke Penang di bahagian pulau, di situlah syurga makanan buat semua.

Tetapi alang-alang dah sampai ke Penang, tak ramai yang tahu kewujudan Pulau Jerejak iaitu sebuah pulau kecil yang terletak betul-betul bersebelahan dengannya.

Jerejak Island

Jika anda lihat, tiada apa yang menarik di Pulau Jerejak, dimana cuma terdapat sebuah jeti dan beberapa bangunan lama dan juga hutan.

Tetapi kini tidak lagi, Pulau Jerejak kembali menjadi tumpuan orang ramai apabila ‘wajahnya’ diperbaharui dengan warna-warna baharu yang sememangnya menjadi lebih meriah dan meceriakan suasana.
Kini berwarna warni

Tular di media sosial, Pulau Jerejak kini menjadi tumpuan ramai kerana warna-warni yang menceriakan daripada sebelum ini.
warna warni dari dahulu

Untuk anda yang suka bergambar, tak rugi jika ke Pulau Jerejak kerana banyak port cantik bergambar bersama kawan dan juga keluarga.
port cantik bergambar
port cantik bergambar
port cantik bergambar
port cantik bergambar
Port cantik bergambar

Bagaimana nak ke Pulau Jerjak?

Jika anda turun dari Lapangan Terbang Pulau Pinang, anda perlu terus ke Jeti Pulau Jerejak. Dari Jeti Pulau Jerejak, anda akan menaiki feri dalam masa 10 minit sahaja untuk sampai ke pulau tersebut.

Harganya adalah sebanyak RM25 untuk dewasa dan RM16 untuk kanak-kanak (sehala).

Korang mesti tak sabar nak pergi hujung minggu ni kan?

Sumber: Penang Foodie

Comments

comments