Pulau Komodo Bakal Dibuka Semula Pada Tahun 2020

677

Kita semua tahu bahawa kerajaan Indonesia telah mengeluarkan kenyataan bahawa Pulau Komodo akan ditutup pada tahun hadapan untuk kerja-kerja pemulihan.

Baca: Pulau Komodo bakal ditutup pada tahun hadapan

Cadangan penutupan diambil bertujuan mengelak kehadiran pelancong yang dianggap mengganggu habitat dan menimbulkan kesan negatif terhadap pembiakkan biawak komodo.

Kini tidak lagi, dimana Indonesia akan membenarkan pelancong, tetapi bayaran keahlian tahunan dengan harga premium perlu dibayar terlebih dahulu, menurut Berita Harian.

Setiap pelancong yang mahu ke sana perlu membayar USD500 (~RM2,000) untuk yuran tersebut. Tetapi, ada yang berkata kemungkinan besar harga untuk yuran tersebut boleh mencecah USD1,000 (~RM4,146).

Lihat Komodo di pulau itu kena bayar RM4,000

Dimana sebelum ini, pelancong hanya dikenakan bayaran sebanyak $10 (~RM41.86) jika mahu melihat habitat komodo di pulau berkenaan.

Wakil menteri pelancongan Indonesia, Guntur Sakti berkata, pulau tersebut bakal ditukar menjadi ‘destinasi premium’ tanpa membuat sebarang kenyataan lanjut tentang perkara berkenaan.

Apa pendapat anda tentang yuran kemasukan ke Pulau Komodo ini?

Comments

comments