Punyai 38 Isteri Dan 89 Anak, Ketua Keluarga Terbesar Dilaporkan Meninggal Dunia

38 isteri dan 89 anak

Suasana pilu mengiringi puluhan ahli keluarga ini sebaik dilaporkan khabar duka pemergian ‘orang penting’ dalam kehidupan mereka pada Ahad lalu.

Lelaki yang tinggal di timur laut India itu dipercayai ketua kepada keluarga terbesar dunia dengan 38 isteri dan 89 anak.

Menurut Agensi Anadolu, Ketua Menteri Zoramthanga menerusi Twitter mengumumkan kematian Ziona Chana, 76.

Khabarnya, lelaki itu adalah penduduk kampung Baktawng Tlangnuam.

Ketua keluarga meninggal dunia

Advertisement

Dengan sedihnya #Mizoram mengucapkan selamat tinggal kepada Mr Zion, dipercayai sebagai ketua keluarga terbesar dunia dengan 38 isteri dan 89 anak.

Zoramthanga juga berkata, Mizoram dan Baktawng Tlangnuam menjadi tarikan pelancongan popular disebabkan oleh keluarga berkenaan.

Bagi yang tertanya-tanya, Chana adalah ketua kepada kumpulan agama dikenali Chana Pawl, diasaskan oleh bapanya pada 1952, yang membenarkan poligami.

Semoga ahli keluarga lelaki ini masih boleh bersatu hati menjalani kehidupan bersama walau tanpa ketua keluarga lagi.

SUMBER

Comments