Pusat Darah Negara Perlukan Darah O Positif Yang Semakin Berkurangan

Pusat Darah Negara, melalui Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan stok bekalan darah komponen platlet O kini semakin berkurangan.

Semua penderma darah O positif kini diminta untuk tampil menderma darah bagi menambah stok bekalan darah jenis itu.

KKM turut memberitahu jadual waktu operasi Pusat Darah Negara (PDN) yang beroperasi dari 30 Julai hingga 2 Ogos di tiga lokasi berbeza.

Advertisement

Untuk PDN Jalan Tun Razak, waktu operasi yang dijadualkan adalah pada 30 Julai, Khamis (hari ini) dari pukul 7.30 pagi hingga 6 petang, manakala 31 Julai hingga 2 Ogos pula dari 8 pagi hingga 6 petang.

PDN Donation Suite, Midvalley Megamall beroperasi pada tarikh yang sama dari pukul 10 pagi hingga 9 malam. Manakala PDN Puspanita Presint 10, Putrajaya pula, waktu operasi adalah pada tarikh yang sama, dari pukul 10 pagi hingga 6 petang.

Marilah sama-sama kita pastikan bekalan stok darah sentiasa pada paras yang baik terutama di musim perayaan ini.

Sumber

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Comments

comments