Pusat Darah Negara Seru Orang Ramai Derma Darah, Bantu Golongan Memerlukan

pusat darah negara seru penderma darah

Pusat Darah Negara (PDN) menyeru orang ramai untuk bersama-sama membantu golongan memerlukan dengan menderma darah di Pusat Darah Negara, Jalan Tun Razak.

Menerusi perkongsian di Twitter, penderma darah yang beragama Islam boleh menderma selepas berbuka puasa dan penderma bukan Islam diseru untuk hadir menderma sepanjang bulan Ramadan ini.

Bukan itu sahaja, makanan berbuka turut disediakan untuk penderma darah utuh yang menderma.

Bagi orang Islam, mereka diminta membawa kelengkapan sendiri seperti sejadah dan telekung.

Sebagai informasi tambahan bagi sesiapa yang berhasrat untuk menderma darah, korang boleh ke PDN Jalan Tun Razak pada setiap Isnin hingga Jumaat (7.30 pagi hingga 9 malam) dan pada hari Sabtu dan Ahad atau cuti umum (8 pagi hingga 4 petang).

Advertisement

Jom sama-sama kita menderma ya, bantu golongan yang memerlukan, besar ganjaranya tu kan.

SUMBER

Comments