Putera Charles Positif Coronavirus, Kini Isolasi Diri Sendiri

Putera Charles telah dijangkiti coronavirus–tetapi isterinya didapati tidak positif, seperti didedahkan hari ini.

Putera Wales, 71, kini mengasingkan diri sendiri di Istana Balmoral di Scotland bersama Duchess Cornwall, tanpa sebarang simptom penyakit itu–yang kini telah membunuh 422 orang di United Kingdom.

Charles jatuh sakit dua minggu selepas menghadiri mesyuarat yang dihadiri Putera Albert dari Monaco yang juga positif coronavirus, setelah dia duduk berhadapan dengan Putera Charles dalam majlis Wateraid di London 10 Mac lepas, 24 jam selepas dia dilihat kali terakhir bersama Permaisuri England.

Sehingga dia jatuh sakit, pewaris takhta Britain itu telah meneruskan tugas awam walaupun berdepan krisis coronavirus–tetapi mengelak berjabat tangan, hanya menggunakan isyarat namaste.

Tetapi walaupun mengelak berjabat tangan, dua telah dijangkiti Covid-19–dan keputusan ujiannya diketahui setelah seorang staf Istana Buckingham didapati positif virus maut itu.

Jurucakap Rumah Clarence berkata:

Putera Wales telah didapati positif coronavirus. Dia menunjukkan simptom ringan tetapi masih sihat dan kini berkerja di rumah di Scotland.

Duchess Cornwall juga telah diuji tetapi tidak mempunyai virus tersebut. Seperti saranan Kerajaan dan nasihat perubatan, Putera dan Duchess kini mengasingkan diri di rumah mereka di Scotland.

Jurucakap itu menambah, mustahil untuk mengetahui punca jangkitan kerana Charles telah menghadiri banyak keramaian dalam beberapa minggu kebelakangan ini tetapi terdapat persoalan sama ada dia dijangkiti dari (Putera) Albert.

Keluarga Diraja kelihatan seperti sudah membuat persediaan bahawa salah seorang dari mereka mungkin didiagnosis dengan coronavirus.

Permaisuri tinggal bersama Putera Philip di Istana Windsor, Putera William dan Kate di Istana Amner Hall di Norfolk, dan Charles dan Camilla berada di Istana Balmoral di Aberdeenshire. – amazingnara.com via Daily Mail

Comments

comments