Rakam Kawan Meninggal Macam Video Percutian, Usahawan Hafiz Mahamad Dikecam Netizen

Bertindak memuat naik video permergian rakan karibnya di laman Instagram, usahawan Hafiz Mahamad kini mula dikecam netizen kerana dilihat tidak sensitif.

Hafiz dilihat sempat merakam perjalanan ke kediaman rakannya, Loh serta proses pengebumian lelaki terbabit.

Bagaimanapun, segalanya berubah apabila niat baiknya itu nyata mengundang rasa kurang senang netizen kerana beranggap perkara itu sebagai tidak sopan.

Advertisement

Bahkan, ada juga yang beranggapan bahawa beliau seperti kurang ajar kerana allahyarham masih mempunyai keluarga dan setiap rakaman video dibuat seakan untuk content yang akan dimasukkan ke media sosial.

Lantas, wujud juga segelintir pihak yang tampil mempertikaikan tindakkannya merakam momen solat jenazah dan juga ketika jenazah dimasukkan ke dalam liang lahad.

Lebih perit, netizen juga khbarnya tidak senang kerana entri terbabit seakan jelas kelihatan seperti sebuah dokumentari untuk tatapan pengguna media sosial.

Sumber: Oh My Media, IGTV Hafiz Mahamad

Comments

comments