Rakyat Colombia Raikan ‘Hari Malas Sedunia’ Setiap Tahun Untuk Menggalakkan Rakyatnya Berehat

4377

Siapa sangka sebenarnya ‘Hari Malas Sedunia’ sememangnya diraikan? Tak dinafikan akan ada hari yang kita berasa malas untuk buat semua benda. Sampaikan nak makan pun rasa malas. Baru-baru ini di Colombia, rakyat mereka menyambut ‘Hari Malas Sedunia’ dengan berpakaian tidur dan hanya berbaring di atas katil.

Di bandar Itagui, Colombia rakyatnya berpeleseran di bandar dengan props katil, bantal dan selimut sambil mereka melakukan aksi malas seperti di rumah. Acara ini dikatakan bermula sejak tahun 1985 demi menggalakkan rakyatnya berehat.

hari malas sedunia
hari malas sedunia
hari malas sedunia
Sambutan ini juga sebagai ingatan kepada pekerja bahawa stress dan tekanan mampu membunuh dalam diam. Jadi sekali sekala mereka digalakkan untuk menikmati masa malas.

Walaupun ada yang beranggapan perkara ini agak lucu tetapi masyarakat Colombia mengambil serius tentang perkara ini kerana stress mampu membunuh terutamanya untuk mereka mempunyai masalah jantung.

Sumber: Elite Readers

Comments

comments