Rakyat Kekal Duduk Di Rumah, Hadiah Hari Lahir Paling Istimewa Buat Saya – Dr Noor Hisham

hadiah hari lahir dr noor hisham

Nama Ketua Pengarah Kesihatan iaitu Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, tidak asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia sekarang ini, beliau sentiasa tenang dalam berkongsi sebarang maklumat mengenai perkembangan semasa wabak COVID-19.

Dr Noor Hisham juga ibarat “bapa” serta pendukung buat petugas kesihatan yang tidak pernah mengenali erti penat lelah bergelut menangani penularan wabak pandemik tersebut.

hadiah hari lahir dr noor hisham

Menggalas tugas yang diamanahkan dengan begitu baik, Dr Noor Hisham bukan sahaja mendapat pujian rakyat Malaysia tetapi di peringkat antarabangsa yang kagum dengan kewibawaannya.

Pada hari ulang tahun beliau iaitu 21 April (hari ini), Dr Noor Hisham telah menyampaikan harapannya serta sedikit pesanan buat rakyat Malaysia.

Bersempena dengan ulang tahunnya ke-57, beliau meminta rakyat untuk terus mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), duduk di rumah dan mengamalkan kebersihan yang tinggi. Dr Noor Hisham menyifatkan permintaan itu adalah antara hadiah hari lahir paling bermakna buatnya.

Buat seluruh rakyat Malaysia, jom sama-sama kita memberikan ‘hadiah’ ini buat Datuk Dr Noor Hisham yang telah banyak berkorban serta bertungkus lumus dalam membantu negara memerangi penularan wabak COVID-19.

Comments

comments