Rakyat Malaysia Di Itali Rayu Kerajaan Hantar Pesawat Selamatkan Mereka

Dengan 2,651 kes terbaru coronavirus dan 189 kematian, semalam, jumlah kes jangkitan coronavirus telah meningkat di Itali sebanyak 15,113 dan 1,016 kematian secara keseluruhan.

Ini mengejutkan ramai pihak kerana data terbaru ini menunjukkan kadar kematian 6.7%, jauh berbeza dengan kadar kematian di China iaitu 3.9% berdasarkan 3,169 kematian dari 80,793 kes disahkan.

Ini membimbangkan ramai dan rakyat Malaysia di Itali yang bimbang dengan keadaan semasa telah menulis di Facebook, meminta Menteri Luar Datuk Seri Hishamuddin Hussein untuk Malaysia menghantar pesawat bagi mengeluarkan rakyatnya yang masih berada di sana.

Itali kini ialah negara kedua dengan jangkitan COVID19 paling banyak, dan khabarnya disebabkan jumlah katil dan fasiliti kesihatan yang tidak mencukupi, kini terpaksa memilih siapakah yang telah dijangkiti COVID19 yang patut diselamatkan berdasarkan sejarah kesihatan mereka. – amazingnara.com

Advertisement

Comments

comments