Rakyat Malaysia Lebih Gemar Menggunakan Aplikasi Google Maps Berbanding Waze

1192

Kebiasaannya kalau memandu memang ramai yang akan bergantung pada aplikasi seperti Waze atau Google Maps untuk tiba ke destinasi. Bukan sahaja memudahkan perjalanan lagi-lagi untuk yang tidak tahu jalan langsung tetapi juga banyak info yang boleh didapatkan tentang trafik jalan raya.

Mungkin ramai yang menyangka rakyat Malaysia lebih gemar menggunakan aplikasi Waze tetapi berdasarkan satu kajian undian yang dilakukan hasilnya adalah sebaliknya.

Berdasarkan pada undian oleh rakyat Malaysia di laman Facebook Wiser.my hampir majoriti masyrakat Malaysia lebih cenderung menggunakan aplikasi Google Maps berbanding Waze.

Sebanyak 65% memilih Google Maps untuk digunakan berbanding Waze yang hanya mendapat 35%. Pasti ramai yang tidak sangka kerana rasanya ramai juga pengguna Waze di Malaysia ni.

Tetapi berdasarkan pada ruangan komen ramai yang lebih percaya pada aplikasi Google Maps kerana ‘trauma’ dengan pengalaman buruk ketika menggunakan Waze. Ada juga yang kata ianya membuang masa kerana seringkali tidak sampai ke destinasi.

“Waze ni bagus, kalau jalan jem, dia bawa kita ke hutan atau tasik untuk kita tenangkan fikiran.”

screenshot facebook
screenshot facebook
Walaupun undian ini dilakukan dalam skala kecil sahaja tetapi ia cukup mewakili pendapat rakyat Malaysia yang lain. Jadi antara dua aplikasi ini yang mana satu menjadi pilihan anda?

Comments

comments