Rakyat Selangor Dapat Data Internet Percuma Selama Setahun

Internet percuma Selangor

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan oleh pihak kerajaan, kerja-kerja di pejabat dan sistem pembelajaran sudah pun beralih ke rumah. Oleh itu, penggunaan internet sangat penting bagi sesetengah individu yang kurang berkemampuan untuk melanggannya.

Semalam, berita menggembirakan buat rakyat Selangor apabila Kerajaan Selangor telah mengumumkan Program Data Internet Selangor kepada seluruh rakyat Selangor yang berkelayakan secara percuma.

Advertisement

Bagaimanapun, menurut laporan Sinar Harian, program ini terhad kepada 70,000 pengguna sahaja dan peruntukan sebanyak RM17.5 juta akan dibiayai sepenuhnya oleh Menteri Besar Selangor (Perbadanan) atau MBI.

Melalui program ini, mereka akan diberikan kad sim dan juga langganan data internet percuma selama setahun.

Pakej yang ditawarkan

Terdapat tiga pakej langganan percuma yang disediakan melalui program ini iaitu :

Internet percuma Selangor
Sumber – MBI Selangor
  • Get Life yang menawarkan data percuma sebanyak 15GB
  • Celcom yang menawarkan data sebanyak 15GB juga
  • Unifi Mobile yang menawarkan data sehingga 45GB

Inisiatif yang dilakukan oleh pihak kerajaan Selangor ini diharapkan dapat membantu golongan-golongan memerlukan untuk kegunaan harian.

Golongan yang layak dapat keistimewaan ini

Bukan itu sahaja, program ini tidak hanya untuk golongan pekerja dan pelajar, malah penghantar makanan, ketua komuniti, peniaga kecil, dan penceramah yang bertauliah juga mendapat manfaat daripada inisiatif ini.

Internet percuma Selangor
Sumber – MBI Selangor

Dengan ini, mereka dapat memberikan perkhidmatan terbaik dan menyumbang balik kepada masyarakat.

Jangan lepaskan peluang

Bagi sesiapa yang berminat boleh lah membuat permohonan pendaftaran melalui laman Data Internet Selangor bermula pada hari ini.

Internet percuma Selangor
Sumber – MBI Selangor

Permohonan inisiatif ini dibuka sehingga 15 September 2021 dan pemohon yang layak bakal menerima kad sim mereka bermula 1 Oktober 2021 nanti.

Pendapat anda? Kongsikan bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara.

SUMBERSinar Harian

Comments