Ramai Kagum Lihat Aksi Nenek Hiking Pakai Jubah & Selipar

Nenek hiking

Tidak dinafikan, ramai yang tidak melepaskan peluang untuk melakukan aktiviti outdoor seperti hiking sejak kerajaan mengumumkan kelonggaran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta peralihan fasa bagi negeri di dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Disebabkan itu juga, aktiviti outdoor seperti hiking, mandi sungai serta air terjun kian menjadi trend dan banyak lokasi untuk melakukan aktiviti riadah di luar ini semakin pesat dibanjiri oleh orang ramai.

Aktiviti outdoor ini bukan sahaja menjadi kegemaran golongan anak muda malah ia juga turut diminati oleh golongan yang lebih berumur. Dengan kelonggaran yang diumumkan oleh pihak kerajaan, ramai yang tidak melepaskan peluang untuk keluar melakukan aktiviti outdoor ini.

Advertisement

Nenek selamba pakai jubah dan selipar semasa hiking

Baru-baru ini tular di laman TikTok, sebuah perkongsian video daripada seorang pengguna bernama haishah.hashram yang memaparkan seorang wanita warga emas atau lebih mesra kita kenali sebagai nenek sedang mendaki bukit.

@haishah.hashramkorang ada tak ? Kasii fyp yee bagi semangat dekat budak2 muda ? ##fypgakni ##fyp? ##betajanjibetajga???? Bombastic – ?2? ???????

Dalam perkongsian video tersebut, kelihatan seorang gadis berkongsi situasi semasa dia nak neneknya sedang melakukan aktiviti outdoor iaitu hiking di salah sebuah bukit.

Namun, apa yang menarik perhatian ramai penonton perkongsian video tersebut adalah apabila nenek gadis itu dengan selambanya memakai jubah dan selipar semasa mendaki bukit berkenaan.

Lebih mengagumkan, nenek itu dilihat masih kuat dan mampu untuk mendaki bukit tersebut sambil ditemani cucu-cucunya. Nenek tersebut akhirnya sampai di puncak bukit dengan keadaan yang gembira kerana berjaya mendaki sampai ke tahap itu.

“Weh aku nak jogging pun tak rajin, steady lah nenek ni”

Setakat ini, perkongsian video tersebut telah mendapat sebanyak 612.4 ribu tontonan, 95.2 ribu tanda like dan 2.5 ribu komen. Rata-rata netizen turut merasa kagum melihat kebolehan nenek itu mendaki bukit dengan memakai jubah dan berselipar.

Nenek hiking
Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

 

Nenek hiking
Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

Ramai juga yang berasa malu dengan nenek tersebut kerana mereka merasakan yang nenek itu lebih hebat kerana masih mampu untuk mendaki bukit walaupun sudah berumur. Mereka juga sempat mendoakan kesihatan nenek itu.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

SUMBERTikTok

Comments