Ramai Pelik Lihat Myvi Tersangkut Atas Tebing

myvi

Kereta Perodua Myvi semamangnya sering kali menghiburkan kita dengan banyak kejadian pelik. Ini kerana orang Malaysia dilihat banyak menggunakan kereta ini yang mampu milik dan nampak bergaya bila membawanya. Jadi tak peliklah kalau orang menggelarkannya sebagai ‘King’ segala kereta di Malaysia.

Terbaru, tersebar video menunjukkan sebuah kereta Myvi putih generasi baru tersangkut atas tebing bukit di Jalan Indah Taman Bukit Indah, Iskandar Puteri Johor Bahru.

Apa yang membuatkan orang ramai hairan, Myvi ini telah terbang sehingga melepasi longkang besar sebelum tersangkut.

Advertisement

 

@tankeryrvoverboostBaru jadi 25minit td….depan mata tgk die naik atas tu?,sempat pegang kete die,suruh keluar dlu…takut jatuh je…mangsa selamat xde pape….? original sound – tankeryrvoverboost

TikTok video

Berdasarkan video yang dikongsikan di aplikasi TikTok, individu yang merakam menceritakan dia menjadi saksi kejadian. Myvi berkenaan hilang kawalan sebelum terbabas ke tepi. Dia bersama orang awam lain kemudian membantu mangsa keluar dari kenderaan dan mangsa dalam keadaan baik.

This image has an empty alt attribute; its file name is image-17.png

Semua orang duduk termenung

Berdasarkan lagi satu rakaman video, hari sudah semakin gelap dan kereta Myvi berkenaan masih dilihat tersangkut. Orang ramai turut berhenti di tepi jalan dan melihat keadaan Myvi itu dari dalam kereta yang mungkin hairan dengan kejadian itu.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

SUMBERTikTok

Comments