Ramai Puji Ibu Awet Muda, Rupanya Dah Nak Masuk 50 Tahun

Di media sosial, viral rakaman TikTok menunjukkan seorang gadis bersama ibunya yang dipuji kelihatan awet muda.

Sekali pandang, memang nampak macam adik beradik je. Disebabkan itu, ramai yang mula berteka teki berapakah umur sebenar si ibu.

Menerusi temubual bersama mStar Online, Nurain Afiqah Aris berkata, ibunya Zalina Md Zin, bakal mencecah usia 50 tahun dalam tempoh dua tahun lagi.

Advertisement

Dia tidak menyangka perkongsian secara ‘suka-suka’ itu mendapat respon positif daripada pengguna TikTok.

 

@nrainfieqh_tengok la my mom menjeling?? Psycho – Joseph Angelo Concepcion

Mendapat lebih 200k tontonan, ruangan komen perkongsian itu dipenuhi reaksi netizen yang memuji kecantikan dimiliki ibu. Malah, ada juga yang bertanyakan apakah produk penjagaan kulit yang diamalkannya.

ibu muda

ibu muda

Menurut pelajar Diploma Perakaunan di Politeknik di Melaka ini, sama seperti orang lain, ibunya sangat menitikberatkan penjagaan kulit. Ibu mempunyai produk setia yang sering digunakannya.

“Apa yang paling penting, ibu memang seorang yang suka minum air putih dalam kuantiti yang banyak. Bagus untuk kulit katanya.”

Tambahnya lagi, faktor ibu susut lebih 10 kilogram berat mungkin menyebabkannya kelihatan lebih muda daripada usia sebenar.

Sebagai anak perempuan tunggal dalam keluarga, Nurain memang sangat rapat dengan ibunya. Malah, dia akan meminta kebenaran terlebih dahulu sebelum memuat naik foto atau video ibu di media sosial.

Jelasnya lagi, sebaik diberitahu ibu viral dan menerima pujian positif, ibu mengakui segan namun berterima kasih.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

SUMBERmStar

Comments