Ramai Terhibur Lihat Gelagat Kucing Ini Tonton Bola Dalam TV

Tidak dinafikan, kucing sememangnya merupakan haiwan peliharaan yang menjadi pilihan ramai orang sehingga ada yang membela kucing seperti membuka gallery kucing kerana bilangan kucingnya terlalu banyak.

Seperti yang kita tahu, ramai yang memelihara kucing kerana ia adalah haiwan yang comel serta sikap manja yang terdapat pada kucing itu sendiri. Sama seperti manusia juga, kucing pun ada perangai dan kelakuan mereka yang tersendiri.

Kadangkala, ada perangai dan kelakuan kucing yang kita lihat lucu serta mampu membuatkan pemiliknya terhibur. Boleh dikatakan, pemilik kucing ini selalunya memang akan terhibur dengan gelagat kucing mereka yang pelbagai ragam.

Advertisement

Kucing ini terus terbangun ketika sedang asyik menonton perlawanan bola sepak dalam TV kerana menyangka bola akan terkenanya

Baru-baru ini tular di laman media sosial TikTok, sebuah perkongsian video daripada seorang pengguna yang memaparkan seekor kucing yang dilihat sedang syok menonton perlawanan bola sepak dalam TV.

@ann_sulaiman##jdt ##jdtjuara ##catsmatter ##metime? Wali Yank by Iyuz misterius – Iyuz misterius

Dalam perkongsian video tersebut, pengguna media sosial itu yang juga merupakan pemilik kucing tersebut telah merakam gelagat kucingnya yang dilihat sangat asyik menonton perlawanan bola sepak dalam TV bersamanya.

Apa yang membuatkan ramai penonton perkongsian video tersebut merasa terhibur adalah apabila kucing tersebut dilihat dengan pantasnya bangun ketika bola ingin disepak oleh pemain di dalam TV tersebut.

Pemilik kucing tersebut yang merakam gelagat kucingnya itu turut terhibur dan dilihat ketawa kecil selepas kucingnya itu terus bangun kerana menyangka bola yang disepak oleh pemain di dalam TV akan terkenanya.

“Nak main bola jugak kot”

Setakat ini, perkongsian video tersebut telah mendapat sebanyak 118 ribu tontonan, 11.6 ribu tanda like dan 134 komen. Rata-rata netizen turut merasa terhibur melihat gelagat kucing itu terkejut dan menyangka yang bola itu akan terkenanya.

Kucing tonton bola dalam tv
Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via Tiktok

 

Kucing tonton bola dalam tv
Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via Tiktok

Ada juga yang mengatakan kucing itu sangat syok menonton perlawanan bola sepak tersebut kerana dia juga ingin bermain bola.

Tidak kurang juga yang berseloroh mengatakan kucing itu terus bangun kerana dia sebenarnya ingin celebrate apabila melihat perlawanan bola sepak tersebut cuma berbaki tiga minit lagi.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

SUMBERTikTok

Comments