Ramai Yang Kagum Dengan Kesungguhan Lelaki Ini Memberi Pendidikan Pada Komuniti Bajau Laut

715

“Selama aku ke pulau untuk mengajar, aku harus mengeluarkan kos RM400 setiap bulan untuk bot kecil sebagai pengangkutan utama pergi dan pulang.”

Lelaki ini berkongsikan pengalaman beliau mengajar anak-anak komuniti Bajau Laut di Lautan Celebes, Semporna. Khairul Jamain berulang-alik ke sana dalam 2-3 kali seminggu semata-mata untuk mengajar komuniti ini.

Dan yang membuatkan ramai terharu, segala kos adalah perbelanjaan beliau sendiri.

Beliau memaklumkan apa yang diajarnya bukanlah seperti pendidikan formal di sekolah kerana komuniti ini tidak mempunyai asas pengenalan yang baik tentang pendidikan. Malah ‘pendidikan’ merupakan subjek yang sangat asing pada mereka.

Sebaliknya, beliau mengajar melukis, menyanyi, bercerita dan menunjukkan tingkahlaku yang baik.

“Masih ingat ketika mula-mula aku memberi mereka kertas dan pensel, mereka tidak mahu menyentuhnya kerana berasa takut dan tidak tahu bagaimana menggunakannya.”

Malah, salah seorang daripada komuniti tersebut menamakan anaknya yang berusia 7 bulan dengan nama ‘Khairul’ sempena menghargai jasanya yang berbakti kepada komuniti itu.

Perkongsian beliau di laman Facebook nya mendapat pujian daripada netizen yang rata-rata kagum dengan kesungguhan beliau. Tidak ramai anak muda yang sanggup keluarkan belanja sendiri untuk berbakti pada masyarakat.

Syabas kami ucapkan kepada saudara Khairul Jamain. Semoga projek ini dapat membuka mata ramai pihak dalam kesedaran untuk membantu komuniti Bajau Laut ini.

Comments

comments