Ramalan Jangkitan Pada Bulan Mac ini Melonjak Sehingga 20,000 Kes Setiap Hari

Dr Noor Hisham Beri Bayangan PKP Semula

Sekarang ni kes Covid19 di Malaysia dah mencecah 4 angka gais. Ini pun dah buat semua orang risau apatah lagi kalau ianya melonjak ke 5 atau 6 angka. Kalau korang nak tahu, ramalan kes Covid19 di Malaysia pada bulan Mac ini adalah sehingga 20,000 setiap hari.

Institut Metrik dan Penilaian Kesihatan (IHME) Amerika Syarikat mengagak yang kes harian mencecah 20,000 dah perkara ini telah dikatakan sendiri oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Mari kita tunjukkan bahawa kita dapat menurunkan angka yang diramalkan oleh IHME seperti yang kita lakukan dengan ramalan JP Morgan untuk pertengahan April 2020.

Bersama-sama kita rakyat Malaysia dapat wujudkan yang mustahil dan lindungi orang yang lemah dan tersayang.

Ayuh kita sama-sama menurunkan angka jangkitan yang diramalkan ni gais. Kita juga antara salah satu faktor yang boleh mengubahnya.

SUMBER

Advertisement

Comments

comments