Rambut Gugur Bersepah Di Lantai? Ini Trik Mudah & Pantas Nak Bersihkan!

Trik mudah bersihan rambut di lantai

Tidak kira perempuan atau lelaki, mesti akan ada yang menghadapi masalah rambut bersepah di lantai kan. Kadang kala, proses untuk membersihkan juga memakan masa sehingga terpaksa membongkok untuk memastikan semuanya disapu.

Perkongsian seorang pengguna Tiktok kali ini telah pun mendapat perhatian ramai dek ideanya yang dikatakan bernas dan sangat praktikal.

Hanya guna satu bahan tambahan je. Jom tengok!

@teacherizanrambut selalu sepah kat lantai ? ##cikgu

? Creative – SmiLE

Wanita ini hanya menampalkan cellophane tape pada hujung penyapu. 

Cara ini sekaligus memudahkan rambut-rambut di lantai melekat terus pada tape itu. Lebih menarik, hanya perlu tarik dan buang macam biasa. Tak perlulah bersihkan hujung penyapu macam kita selalu buat tu. 

Mudah kan? Semoga bermanfaat!

Advertisement

SUMBER 

 

 

Comments

comments