“Rasa Nak Bunuh Diri”, Pernah Repeat Paper 18 Kali Pelajar Ini Akhirnya Bergraduasi

708

Setiap orang ada kisah mereka tersendiri dalam perjalanan untuk menamatkan pengajian. Masing-masing ada kepayahan dan kesusahan dalam memastikan berjaya tamat pengajian dengan jayanya.

Macam yang dikongsikan oleh Raffiq Izzat ini, dia pernah gagal sebanyak 18 kali dalam 11 semester! Kalau yang lain mungkin ada yang sudah ‘give up’ tapi dia tetap berusaha untuk tamatkan.

“Saya perlu gagal dalam dua atau tiga kali sebelum lulus kertas tertentu.”

Siapa yang pernah repeat paper masa di universiti dulu pastinya tahu bukan senang untuk repeat sampai dua tiga kali. Bayangkanlah sampai 18 kali kena repeat agaknya macam mana tu? Tapi itu lah yang dilalui oleh pelajar jurusan undang-undang ini sepanjang 11 semester.

pelajar undang-undang

“Semakin saya gagal subjek tu, semakin mendalam saya faham subjek tu walaupun terpaksa hadap 11 semester lamanya.”

Menurut Raffiq Izzat dia memang seorang ‘slow learner’ dan perlukan sedikit masa untuk faham berbanding orang lain. Tapi dia bukan lah didiagnosis sebagai lembam dalam pembelajaran.

Pernah terfikir untuk bunuh diri

Disebabkan sudah beberapa kali terpaksa repeat paper berulang kali, dia sendiri mengaku pernah teringin untuk bunuh diri akibat stress keterlaluan. Siapa sahaja yang sanggup repeat banyak kali kan?

pelajar graduasi uitm

“Ketika itu saya sedang memandu dan rasa nak rempuh kereta dari arah bertentangan untuk melepaskan tekanan.”

Tapi bila difikirkan semula tiada gunanya untuk buat begitu kerana itu tidak dapat menyelesaikan masalah yang dihadapinya. Walau apa yang berlaku, dia tetap kuat dan tidak mudah berputus asa demi mencapai cita-citanya itu.

Syabas kami ucapkan kepada Raffiq. Bukan mudah untuk berjaya tanpa sebarang kegagalan. Diharapkan kisah ini dapat dijadikan inspirasi kepada semua di luar sana.

Sumber: Twitter 

Comments

comments