“Rasa Seperti Pekerja Asing di Kilang” – Keluhan Doktor Barisan Hadapan

Dengan penularan wabak COVID-19 yang semakin meningkat dari segi jumlah kes harian, laporan dari Malaysian Insight kini menyatakan bahawa ramai doktor barisan hadapan (frontliners) kini menyuarakan rasa kecewa terhadap strategi yang disusun oleh Kementerian Kesihatan.

Kami dah rasa macam pekerja asing di kilang.

Itu antara keluhan yang diberikan oleh seorang doktor yang tidak ingin mendedahkan identiti beliau.

sumber – The Star

Menurutnya lagi, tempoh 10 bulan yang lepas, terdapat pelbagai key learnings yang boleh dipelajari namun Kementerian tidak mempraktikkan cara pengurusan terbaru.

Sistem kesihatan makin lumpuh dengan peningkatan kes positif harian COVID-19.

Menurutnya lagi, syif kerja mereka dari 8 pagi hingga 5 petang kini bertukar menjadi syif 14-15 jam sehari.

Advertisement
sumber – Bernama

Kini hanya Hospital Sungai Buloh yang boleh menerima pesakit COVID-19. Kementerian sepatutnya menggunakan kesemua hospital kerajaan yang sedia ada.

Benar, keadaan mental mereka yang bekerja dari rumah akan terjejas. Namun, pernahkah mereka memikirkan kesihatan mental kami (frontliners)?

Seorang lagi doktor yang hanya ingin digelar sebagai Ruben juga menyatakan bahawa beliau perlu mengendalikan 200 pesakit sekaligus dalam masa sehari.

Keluhan demi keluhan yang diterima. Doktor yang ingin dikenali sebagai Rachel juga merasakan bahawa kerajaan dan kementerian seolah-olah mengambil kesempatan terhadap doktor-doktor yang berada di barisan hadapan.

Tambah beliau lagi, perlukah kerajaan mengumumkan PKP selama 2 minggu dan hanya renew apabila tiba masanya?

gambar hiasan

Adakah lebih mudah untuk mengumumkan tempoh yang telah ditetapkan secara sekaligus?

Dr Mustapha Kamal melalui perkongsian beliau di Facebook juga memuat naik sebuah snapshot perbualan yang dipercayai bersama rakan sekerjanya. Menurut perbualan beliau, akibat stress dan burnout, beliau terpaksa mengambil Lorazepam.

Kami tidak dapat menahan sebak apabila membaca keluhan para frontliners akibat pandemik COVID-19 yang makin menular dikalangan rakyat Malaysia.

Insyallah, segalanya akan berakhir. Tetapi buat masa kini, sebagai rakyat Malaysia yang prihatin dan bertanggungjawab, tolonglah duduk di rumah dan amalkan SOP yang ditetapkan.

SUMBER

Comments